Salam Ma'al Hijrah 1433 Kite masih diberikan peluang dan kesempatan oleh Allah kerana diberi nafas dan nikmat untuk same-same menyambut kedatangan awal Muharram tahun 1433 Hijriah. |
Di kesempatan ini saye ingin mengucapkan Salam Ma'al Hijrah kepade semua kaum muslimin dan muslimat. Semoge dengan kedatangan tahun baru ini kite semua dapat mengambil iktibar dan pengajaran serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasullulah SAW sebagai panduan bagi kehidupan kite bagi keperluan pade hari-hari yang mendatang insyaallah.
Saye juga ingin berkongsi mengenai maksud hijrah itu sendiri.
Ramai juga org bertanye dan masih tidak faham ape yg dimaksudkan dengan hijrah dan kenape pula kita harus menyambut ma'al hijrah?
Untuk pengetahuan semua hijrah itu bermaksud perubahan. Maksud perubahan dalam konteks ini ialah perubahan kite kebaikan. Tetapi berhijrah kepade keburukan itu bukanlah hijrah.
Di kesempatan inilah kite semua bersama berazam, mencuba dan berjanji untuk berubah sikap kite yg buruk kepada yg baik dan yg baik kepade yg lebih baik...
Amacam boleh?_?
Jangan risau, kite nk berubah terus terang memanglah susah tapi kite mulakan dengan cara perlahan-lahan insyaallah akan diberikan kemudahan olehnye.
Insyaallah, jika sesuatu perkara yg sering kite lakukan lame-kelamaan akan menjadi kebiasaan pada diri kite
Serta dapat menjadi insan yg diredhoi Allah, insyallah. :)
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri." (Ar- Ra’d: 11)
Sabda Rasulullah SAW:
"Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)
No comments:
Post a Comment